Rejim Zionis kecilkan zon tangkapan ikan di Gaza - Utusan Malaysia

Rejim Zionis kecilkan zon tangkapan ikan di Gaza

NELAYAN Palestin mengibarkan bendera Palestin di pelabuhan dekat Gaza City. Rejim Zionis bertindak kejam apabila mengurangkan zon tangkapan ikan kepada enam batu nautika. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Rejim Zionis bertindak mengecilkan lagi zon tangkapan ikan di Gaza sebanyak separuh, kata pegawai pertahanan, selepas berlaku ancaman serangan belon api dilancarkan dari wilayah Palestin.

Al-Jazeera melaporkan, Penyelaras Aktiviti Kerajaan dan Wilayah Israel (COGAT) memberitahu, pihak rejim memutuskan untuk mengurangkan zon tersebut dariapda 12 batu nautika kepada enam batu nautika.

“Keputusan itu dibuat susulan ancaman serangan belon api yang dilihat melanggar kedaulatan Israel,” jelas COGAT.

Sebelumnya, pasukan bomba Israel bertindak memadam kebakaran yang berlaku di wilayah Eshkol susulan serangan belon api.

Serangan belon api terbaru itu dilakukan dua bulan selepas serangan Israel selama 11 hari di Gaza, meningkatkan prospek serangan Israel di wilayah yang dikuasai Hamas.

Sebelum konflik Mei, zon perikanan Gaza berada sejauh 15 batu nautika.

‘Perang Mei’ lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 260 penduduk Palestin, termasuk 66 kanak-kanak, dan menyebabkan kerosakan yang meluas pada infrastruktur dan kawasan perumahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya