Polis Filipina boleh naik pangkat walaupun 'berat badan berlebihan' - Utusan Malaysia

Polis Filipina boleh naik pangkat walaupun ‘berat badan berlebihan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Polis Filipina yang alami masalah berat badan berlebihan kini tidak perlu lagi menurunkan berat sekiranya ingin mengambil peperiksaan kenaikan pangkat.

Ukur lilit pinggang yang besar menjadi ‘masalah utama’ dalam kalangan anggota polis di rantau Asia Tenggara sejak beberapa tahun lalu.

Kajian pada 2019 menunjukkan hampir 35 peratus anggota polis mempunyai berat badan berlebihan dan hampir 10 peratus lagi obes.

Ketika negara ini mula dilanda pandemik Covid-19 pada tahun lalu, bekas ketua polis Filipina, Debold Sinas mewajibkan semua 220,000 anggota polis supaya bersenam setiap hari dan perlu menghantar rekod bacaan Indeks Jisim Badan (BMI) setiap bulan.

Pegawai polis yang berhasrat mengikuti peperiksaan kenaikan pangkat perlu ‘menyimpan hasrat’ mereka sekiranya gagal merekodkan bacaan BMI yang ideal.

Ketua anggota, Rolando Hinanay dalam satu petisyen yang diserahkan kepada ketua polis baharu Filipina, Guillermo Eleazar baru-baru ini meminta supaya syarat itu dibatalkan.

Beliau menekankan, pandemik Covid-19 menyukarkan anggotanya bersenam dan menurunkan berat badan.

“Syarat itu menyaksikan ramai anggota polis tidak layak untuk kenaikan pangkat,” katanya.

Usaha Hinanay berjaya apabila Eleazar meluluskan untuk membatalkan syarat tersebut.

Anggota polis perlu mempunyai bacaan BMI antara 18.5 dan 27, bergantung kepada usia bagi menjamin perkhidmatan yang berkualiti.

Bacaan BMI antara 18.5 dan 24.9 secara amnya dianggap sebagai ‘berat yang sihat’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya