Petani India protes depan Parlimen - Utusan Malaysia

Petani India protes depan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Golongan petani berhimpun di Parlimen India bagi menuntut pemansuhan tiga undang-undang kontroversi yang dipercayai mengeksploitasi sektor pertanian dan sokongan harga yang dijamin kerajaan.

Ribuan petani dari kawasan luar bandar Punjab, Haryana, Uttar Pradesh dan Rajasthan berkhemah di pinggir ibu kota sejak November lalu, bagi menyatakan bantahan terhadap tiga undang-undang yang disahkan September lalu.

Sesi Parlimen India sedang berlangsung ketika musim tengkujuh dan petani memutuskan mengadakan ‘Parlimen Petani’ hingga 13 Ogos.

Hanya 200 petani dibenarkan mengadakan protes dengan kehadiran ratusan anggota polis di kawasan Parlimen.

Pemimpin pembangkang turut mengadakan protes bagi memberikan sokongan kepada petani.

Rashtriya Janata Dal berkata, kesombongan pihak kerajaan dalam melayan masalah petani akan menghancurkan kepemimpinan dalam sistem demokrasi. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN