Pesawat Rusia langgar tebing sebelum terhempas? - Utusan Malaysia

Pesawat Rusia langgar tebing sebelum terhempas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pesawat An-26 yang membawa seramai 28 penumpang didakwa melanggar tebing dan meletup sebelum terhempas ke dalam laut.

Lapor Daily Mail, dakwaan itu dibuat selepas pasukan penyelamat menemukan kesan terbakar di sebuah tebing berhampiran lapangan terbang Palana beberapa jam selepas nahas berlaku.

Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan pesawat itu melanggar tebing tersebut kerana jarak penglihatan terhad.

Terdahulu, pihak berkuasa Rusia memaklumkan  beberapa serpihan pesawat itu sudah ditemukan, namun belum mengenal pasti lokasi sebenar kapal terbang berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu dan pihak berkuasa negara ini memaklumkan pihaknya dapat mengesahkan jumlah korban esok.

Pesawat itu didakwa terputus hubungan kira-kira 10 minit sebelum mendarat di Palana, Kamchatka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya