Persediaan haji siap sepenuhnya - Arab Saudi - Utusan Malaysia

Persediaan haji siap sepenuhnya – Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan semua persediaan haji bagi tahun ini sudah siap sepenuhnya.

Timbalan menterinya, Dr. Abdulfattah Mashat berkata, semua peringkat kerja dan operasi ibadah haji sudah bersedia untuk menyambut ketibaan jemaah tidak lama lagi.

“Kementerian sudah lama menjalin hubungan strategik dan operasi dengan lebih 30 entiti di seluruh negara, sama ada dari sektor kerajaan, swasta mahupun keselamatan.

“Penempatan jemaah di tanah suci juga sudah disiapkan sepenuhnya dan ibadah haji tahun ini dijangka berjalan lancar dan mematuhi semua protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya kepada Arab News.

Selain itu, khemah jemaah di Arafah serta kemudahan lain di Mina dan Muzdalifah juga sudah diperiksa.

Jelas Abdulfattah, suasana haji tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana penerapan protokol kesihatan lebih ketat memandangkan penularan varian Delta semakin berleluasa.

“Kawasan khemah jemaah juga diperluaskan bagi mengelak mereka berhimpit dan bersesak, sekali gus menjaga penjarakan sosial,” ujarnya.

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan hanya 60,000 jemaah dibenarkan menyertai ibadah haji tahun ini melibatkan rakyat dan golongan ekspatriat di negara ini.

Kesemua jemaah juga terdiri dari mereka yang belum menunaikan haji sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN