SULAWESI SELATAN: Sebuah video tular menunjukkan beberapa penduduk di Desa Singa, Bulukumba mengusir Petugas Khas Covid-19 yang hendak mengebumikan jenazah.
Menerusi video itu, penduduk membantah proses pemakaman yang dilakukan mengikut prosedur menangani jenazah Covid-19, lapor Tribunnews.
Ketua Pasukan Pemakaman Covid-19 Bulukumba, Muh Suparto berkata, kejadian berlaku ketika petugas ingin mengebumikan jenazah.
Namun, selepas ambulans tiba, beberapa penduduk datang dan merampas keranda sebelum membawa masuk ke dalam rumah pengebumian.
“Ketika ambulans sudah tiba, saya meminta kepada pasukan supaya membawa terus keranda ke lokasi pengebumian.
“Tiba-tiba penduduk datang merampas keranda lalu dibawa masuk ke rumah pengebumian,” katanya.
Menurut seorang petugas, dia dan petugas lain diusir keluar serta memaksa kami pulang walaupun sudah ada persetujuan dari pihak keluarga untuk mengebumikan jenazah di sini.
Disebabkan kejadian itu, petugas kesihatan terpaksa melakukan pengesanan kontak rapat yang berhubung secara langsung dengan jenazah pesakit Covid-19.