Peminat sukan Olimpik Hong Kong didakwa ejek lagu kebangsaan China - Utusan Malaysia

Peminat sukan Olimpik Hong Kong didakwa ejek lagu kebangsaan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Polis Hong Kong hari ini mengumumkan siasatan terhadap sejumlah peminat sukan Olimpik yang didakwa mengejek lagu kebangsaan China ketika mereka menonton acara sukan itu melalui siaran awam di sebuah pasar raya di sini.

Atlet Hong Kong, Edgar Cheung berjaya memenangi pingat emas bagi acara lawan pedang, manakala Siobhan Haughey pula meraih dua pingat perak dalam acara renang dalam Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Kemenangan itu disambut dengan sorakan kegembiraan ratusan penduduk Hong Kong yang berkumpul untuk menyaksikan siaran langsung acara itu di sebuah pasar raya pada Isnin lalu.

Ketika majlis penyampaian pingat bagi acara renang, sejumlah penonton mengejek lagu kebangsaan China ketika atlet negara itu menerima pingatnya, disusuli laungan ‘kami adalah penduduk Hong Kong’.

Tahun lalu, pihak berkuasa wilayah separa autonomi ini meluluskan perundangan yang melarang sebarang penghinaan terhadap lagu kebangsaan serta bendera China.

Sehubungan itu, polis memaklumkan pihaknya akan meneliti sama ada kumpulan penyokong sukan Olimpik itu melanggar undang-undang berkenaan atau sebaliknya.

“Polis akan mengumpul semua bahan bukti berhubung insiden tersebut,” kata jurucakap polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya