Pasangan kekasih hampir disondol lembu ‘sasa’ - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih hampir disondol lembu ‘sasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang kekasih berdepan dengan detik mencemaskan apabila kenderaan mereka hampir disondol seekor lembu ‘sasa’ di Castle Eaton, Swindon.

Menurut Tina O’Neill dan kekasihnya, Ken Fuller, mereka berada dalam kereta ketika lembu tersebut tiba-tiba terlepas dari pagar dan masuk ke jalan raya.

Jelas Tina, haiwan itu jelas kelihatan ‘marah’ dan ingin menyondol kenderaan mereka.

Wanita berusia 44 tahun itu sempat merakam gambar lembu tersebut dan memuat naik dalam media sosial.

Menceritakan keadaan yang dialaminya, Tina memberitahu dia dan temannya dalam perjalanan pulang dari Stanton Park untuk mengambil gambar pepatung.

“Dari jauh saya sudah perasan akan lembu itu kerana saiz tubuhnya yang besar dan sasa sehinggalah teman lelaki bertanya adakah saya mahu merakam gambarnya?

“Kami mendekati haiwan itu namun keadaan tidak menjadi seperti yang disangka apabila lembu itu memecahkan pagar dan masuk ke jalan raya, selain kelihatan marah dan ingin menyondol kami,” katanya.

Namun, nasib menyebelahi pasangan kekasih itu apabila tuan lembu berkenaan menyedari insiden itu dan membawa haiwan ternakan terbabit semula ke kandangnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya