Parlimen digantung, Perdana Menteri dipecat - Utusan Malaysia

Parlimen digantung, Perdana Menteri dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Presiden Tunisia, Kais Saied mengumumkan Parlimen akan digantung dan Perdana Menteri, Hicham Mechichi dipecat selepas protes ganas melumpuhkan banyak bandar di negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas presiden mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak ketenteraan dan ketua keselamatan negara.

Menerusi video ucapan, Kais berkata, beliau akan menggugurkan jawatan eksekutif itu dengan bantuan daripada perdana menteri baharu yang akan dilantik kemudian.

Jelasnya, tindakan itu adalah selari dengan Perkara 80 Perlembagaan dan turut memetik artikel tersebut bagi menggantung kekebalan anggota Parlimen.

“Ramai orang sudah serik tertipu dengan hipokrasi, pengkhianatan dan merompak hak kebebasan rakyat.

“Saya beri amaran kepada sesiapa yang berfikir untuk menggunakan senjata, pihak keselamatan akan bertindak balas,” tegasnya.

Keputusan presiden itu disambut baik oleh himpunan orang ramai yang membanjiri kawasan jalan di ibu negara sambil membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN