HONG KONG: Polis Hong Kong hari ini menahan sembilan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan, selepas menggagalkan cubaan menghasilkan bom dan serangan pengeboman di wilayah ini.
Daripada sembilan yang ditahan, enam daripadanya merupakan murid sekolah menengah dan kumpulan itu didakwa cuba menghasilkan bom menggunakan bahan letupan Triacetone Triperoxide (TATP) di makmal buatan sendiri di sebuah hostel.
Menurut polis, kumpulan itu merancang untuk mengebom mahkamah, terowong bawah laut, landasan kereta api dan meletakkan bom di dalam tong sampah di sekitar wilayah ini bagi mencetuskan ‘huru hara’.
Kesemua yang ditahan berusia antara 15 dan 39 tahun, terdiri dari lima lelaki serta empat wanita.
TATP sering sering digunakan oleh kumpulan pengganas di Israel dan London.
Kumpulan yang menamakan mereka sebagai Returning Valinat itu didakwa menyewa bilik di hotel di daerah Tsin Sha Tsui selama sebulan.
Selain itu, polis turut membekukan wang bernilai HK$600,000 (RM320,513) yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan kumpulan tersebut. – AFP










