Miss Universe ke-70 diboikot kerana mahu diadakan di Israel - Utusan Malaysia

Miss Universe ke-70 diboikot kerana mahu diadakan di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Kumpulan Pro-Palestin melancarkan boikot terhadap pertandingan Miss Universe kali ke-70 yang akan dianjurkan Disember ini di bandar Palestin yang dijajah, Eilat.

Lokasi pertandingan itu diumumkan oleh penganjur Miss Universe menerusi laman Twitter, Selasa lalu.

Bandar Eilat dibina pada 1952 oleh penduduk Palestin di bandar paling selatan di Umm al-Rashrash.

Kumpulan itu menyelar tindakan penganjur kerana acara itu digunakan untuk mengalihkan perhatian terhadap pelbagai isu kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin.

Israel mengeksploitasi acara itu bagi menunjukkan negara haram itu kononnya memperjuangkan budaya, agama dan latar belakang sosial sekali gus menutup isu diskriminasi terhadap rakyat Palestin dengan mencipta 65 undang-undang berbaur perkauman.

“Boikot Miss Universe! Anda semua tergamak menghantar wanita-wanita cantik ke negara haram yang melakukan pembunuhan manusia secara beramai-ramai?

“Jangan berani bertanya mengenai keamanan dunia,” tulis seorang pengguna Twitter. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya