Misi ketenteraan Britain di Afghanistan ditamatkan sepenuhnya - Utusan Malaysia

Misi ketenteraan Britain di Afghanistan ditamatkan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan misi ketenteraan United Kingdom (UK) di Afghanistan sudah berakhir sepenuhnya selepas dua dekad peperangan tercetus di negara itu.

Johnson mengesahkan perkara itu kepada semua Ahli Parlimen dan sepanjang menjalankan misi di negara itu, sebanyak 457 tentera Britain terkorban.

Katanya, sebanyak 750 anggota tentera Britain yang masih ada di Afghanistan sudah mula pulang ke tanah air secara berperingkat.

Johnson turut menegaskan bahawa UK tidak akan sesekali ‘mengabaikan komitmen’ terhadap Afghanistan, terutamanya ancaman serangan Taliban.

“Saya harap tiada pihak yang membuat kesimpulan bahawa dengan pengunduran tentera Britain dari Afghanistan, tanggungjawab kami terhadap negara itu juga akan ‘berkubur’, katanya.

Pasukan tentera Britain mula dihantar ke Afghanistan pada 2001 susulan serangan pengganas pada 11 September di Amerika Syarikat dan misi ketenteraan di negara itu dihentikan pada 2014.

Kira-kira 750 anggota tentera Britain masih berada di Afghanistan kerana mengikuti misi NATO untuk memberi latihan ketenteraan kepada pasukan tentera negara terbabit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya