MELBOURNE: Usaha kerajaan Australia memerangi jangkitan Covid-19 diteruskan apabila bandar raya kedua terbesar di negara ini, Melbourne bakal menjalani perintah berkurung buat kali kelima bermula hari ini.
Ketua Menteri Melbourne, Dan Andrews berkata, bandar raya ini akan menyertai Sydney yang kini masih menjalani perintah berkurung, sekali gus menjadikan jumlah penduduk Australia yang perlu ‘berkurung’ di rumah ketika ini sebanyak 12 juta.
Jelas Andrews, beliau melakukan keputusan dengan ‘hati yang berat’ namun perlu mengutamakan keadaan semasa yang boleh menjejaskan banyak pihak.
“Tiada apa yang bagus tentang virus ini dan perintah berkurung merupakan jalan terbaik buat masa ini,” katanya.
Perintah tersebut akan berkuat kuasa sebelum tengah malam ini dan berlangsung selama lima hari.
Sydney ketika ini sudah menjalani perintah berkurung selama empat minggu selepas kadar jangkitan di bandar raya itu naik mendadak. – AFP










