Maut terkena renjatan elektrik ketika baiki komputer - Utusan Malaysia

Maut terkena renjatan elektrik ketika baiki komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand maut akibat renjatan eletrik ketika berusaha menghidupkan komputer miliknya.

Mangsa diyakini menjadi mangsa pertama akibat aktiviti perlombongan mata wang bitcoin.

Danai Makmek terbunuh ketika membaiki komputernya di wilayah Chonburi, Selasa lalu.

Seperti pelombong matawang kripto lain, mangsa difahamkan menambah beberapa cakera keras untuk meningkatkan prestasi komputernya.

Lelaki berusia 26 tahun itu terkejut apabila melihat komputer miliknya tiba-tiba mati dan tidak menyala selepas dia cuba melombong bitcoin.

Danai kemudian meminta kakaknya, Apiwat Makmek membantu membaiki komputer.

Kakaknya ingin membawa komputer kepada juruteknik keesokan harinya, namun, mangsa tetap tidak sabar.

Hal ini disebabkan lelaki itu bimbang akan kehilangan ribuan dolar Amerika Syarikat (AS) kalau tidak melombongnya selama sehari.

Disebabkan itu, dia memutuskan untuk membaikinya sendiri.

Danai dipercayai maut selepas komputer yang digunakan untuk melombong matawang bitcoin meletup dan terkena renjatan eletrik. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN