Lempar bayi dua bulan kerana mahu lari dari polis - Utusan Malaysia

Lempar bayi dua bulan kerana mahu lari dari polis

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Gara-gara mahu melarikan diri daripada polis, seorang lelaki sanggup melempar bayi sendiri yang berusia dua bulan.

Bagaimanapun, bayi perempuan itu berjaya diselamatkan oleh sekumpulan anggota polis dan bapanya pula sempat melarikan diri.

Lapor Suara.com, kejadian tersebut berlaku di sebuah balai polis di Singapura.

Mothership melaporkan, lelaki tersebut memiliki sejumlah rekod jenayah di balai polis terbabit dan ia mendorongnya untuk melarikan diri tanpa berfikir panjang.

Pada mulanya, lelaki tersebut datang ke balai polis bersama isteri dan anak-anaknya untuk membuat laporan mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta syarikat pada 18 Januari tahun lalu.

Ketika polis memeriksa identiti lelaki itu, mereka mendapati individu tersebut dikehendaki polis kerana gagal menjalani ujian air kencing berkaitan kes dadah pada Julai 2019.

Sejak itu, lelaki tersebut diburu oleh polis.

“Jadi, apabila lelaki tersebut datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kemalangan, dia sedar polis dapat mengesan sejarah jenayahnya.

“Dia menjadi curiga ketika ramai anggota polis cuba menghampirinya. Lelaki itu secara tiba-tiba melempar bayinya ke arah polis dan melarikan diri.

“Namun, polis berjaya menyelamatkan bayi itu dan terus mengejar lelaki tersebut,” jelas laporan tersebut.

Sebelum ini, lelaki tersebut juga mempunyai rekod jenayah iaitu mendera isterinya yang baharu melahirkan anak.

Sementara itu, CNA melaporkan lelaki itu ditahan berhampiran Balai Polis Utara Hong Kah.

Jelasnya, bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu dikenakan hukuman penjara selama 17 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.