Lelaki obses dengan bekas kekasih, sanggup intip dari jarak jauh - Utusan Malaysia

Lelaki obses dengan bekas kekasih, sanggup intip dari jarak jauh

GAMBAR yang dirakam dari jaraj=k jauh oleh David Malone ketika mengintip bekas kekasihnya di Cornwall, United Kingdom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mendakwa dia menjadi mangsa intipan bekas kekasihnya untuk tempoh yang agak lama sehingga menjejaskan aktiviti hariannya.

Bethany Eagle memaklumkan, bekas teman lelakinya juga memasang alat pengesan pada keretanya dan membuat kunci pendua untuk menjejakinya setiap kali dia cuba lari dari lelaki tersebut.

Selain itu, bekas kekasihnya, David Malone juga didakwa sering mengikutinya bersenam, malah pernah merakam gambarnya mendaki tebing dari jarak jauh.

Lelaki itu kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada Eagle dengan kapsyen ‘itu adalah anda’ sambil melukis bulatan pada imej tersebut.

Sehubungan itu, Eagle membuat laporan polis dan Malone didakwa di mahkamah.

Mahkamah mendapati lelaki itu mengintip bekas teman wanitanya dari Januari sehingga November tahun lalu dan diarahkan supaya menjauhi Eagle.

Selain itu, Malone juga didenda sebanyak 1,600 pound (RM9,172).

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya