Lebih 300 warga Afghanistan lari ke Tajikistan - Utusan Malaysia

Lebih 300 warga Afghanistan lari ke Tajikistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 347 pelarian di Afghanistan dilaporkan melarikan diri ke Tajikistan sejak dua hari lalu.

Lapor Al Jazeera, agensi maklumat negeri Khovar memaklumkan kumpulan itu melarikan diri daripada Taliban untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Jelas agensi itu, dua bayi meninggal dunia ketika pelarian tersebut merentas sempadan negara.

Menurutnya, pelarian itu yang terdiri daripada 64 lelaki dan 113 perempuan merentas dari wilayah Badakhshan di Afghanistan sambil membawa haiwan ternakan bersama mereka.

“Pengawal sempadan di Tajikistan membenarkan pelarian tersebut untuk masuk ke negara ini,” jelas agensi itu menerusi kenyataan.

Katanya, kumpulan pelarian itu ditempatkan di dua lokasi di wilayah Murghab di timur negara bekas Soviet itu.

Sementara itu, pengawal sempadan Tajikistan memaklumkan pihaknya merampas lebih 3.5 kilogram (kg) dadah daripada warga Afghanistan itu ketika memasuki negaranya.

Militan Taliban baru-baru ini melancarkan beberapa serangan di Afghanistan ketika pasukan tentera antarabangsa berundur dari negara tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN