Lapan tahun ukir ayat al-Quran atas kepingan marmar - Utusan Malaysia

Lapan tahun ukir ayat al-Quran atas kepingan marmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TABUK: Seorang pemahat Arab Saudi yang menghabiskan masa selama lapan tahun mengukir ayat-ayat al-Quran di atas 30 kepingan marmar berharap usahanya diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness. 

Husban Ahmad Al-Enizi mempunyai minat dan kesungguhan terhadap seni itu sejak 20 tahun lalu selepas dia mula minat terhadap bahasa Arab, lapor Arab News.  

Dia kemudian mengukir sebuah ensiklopedia batu Basmalah (surah pembuka dalam Al-Quran) di blok dan granit yang terdapat di wilayah Tabuk. 

Pelukis itu mengambil bahagian dalam pelbagai acara kraftangan dan festival yang diadakan di negara itu serta berhasrat untuk menubuhkan pusat bagi melatih golongan muda tentang seni halus itu kepada generasi pelapis pemahat Arab Saudi. 

Husban menggunakan kaligrafi Uthmaniyyah untuk mengukir al-Quran di atas marmar hijau . 

Katanya, di wilayah Tabuk yang terletak di barat laut Arab Saudi mempunyai banyak istana memberikan ilham kepada seniman selama berabad-abad. 

Wilayah ini merupakan kediaman bagi golongan Thamud, Aramean dan Nabata serta suku-suku lain dan laman arkeologi menunjukkan kehadiran manusia sejak beberapa abad sebelum Masihi. 

Penduduk kuno di kawasan itu menghasilkan bajak, perahu dan rumah dengan mengukir kayu dan batu. 

Pemerintah Arab Saudi menunjukkan minat dalam membantu memahat seni ukiran dan tradisional lain melalui penubuhan Suruhanjaya Warisan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya