Lapan maut hotel runtuh di China - Utusan Malaysia

Lapan maut hotel runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan terkorban dan sembilan lagi hilang selepas sebuah hotel bajet runtuh di bandar Suzhou, timur China semalam.

Pihak berkuasa China memaklumkan, seramai enam mangsa dibawa keluar dari bawah runtuhan Hotel Siji Kaiyuan hari ini.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Hotel itu dibuka pada 2018 dan mempunyai 54 bilik.

Beberapa imej yang disiarkan siaran televisyen tempatan menunjukkan pasukan keselamatan bertungkus-lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Pada Mac tahun lalu, 29 orang maut apabila sebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 runtuh du bandar Quanzhou, selatan China. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN