Lagi penduduk Palestin ditembak di Beita - Utusan Malaysia

Lagi penduduk Palestin ditembak di Beita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Seorang lelaki Palestin maut terbunuh selepas tentera Israel melepaskan tembakan di Tebing Barat.

Mangsa, Shadi Omar Lotfi Salim, 41, ditembak berdekatan kampung Beita, semalam.

Timbalan Datuk Bandar Beita, Mussa Hamayel berkata, tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mangsa yang baru memasuki kawasan kampung selepas pulang dari kerja.

Katanya, mangsa dibunuh ketika tiada sebarang kejadian protes berlaku di kawasan itu semalam.

Agensi berita tempatan Palestin, Maan berkata, Shadi dibunuh ketika tentera Israel melancarkan serangan di persimpangan kampung.

Shadi bertanggungjawab mengendalikan saliran air di kampung itu dan menjadi penduduk Palestin yang ketujuh dibunuh sejak protes di Beita yang menentang pencerobohan penduduk haram Israel. -AL-JAZEERA

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN