SEOUL: Bermula semalam, kesemua gim di Seoul dan kawasan sekitarnya tidak dibenarkan memasang lagu yang mempunyai tempo tinggi melebihi 120 bpm sebagai langkah mengurangkan jangkitan Covid-19.
Lapor BBC, kadar kelajuan mesin larian (treadmill) juga akan dikurangkan kepada 6 kilometer sejam.
Menurut pihak berkuasa Seoul, sekatan itu akan mengelak pengguna gim daripada bernafas terlalu cepat akibat pergerakan pantas, selain tidak banyak berpeluh.
Korea Selatan ketika ini bergelut dengan gelombang jangkitan menyaksikan sebanyak 1,100 kes baharu direkodkan kelmarin.
Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyun memberi amaran bahawa tahap krisis di negara ini sudah mencapai kadar paling maksimum.
Selain itu, orang ramai hanya boleh mengunjungi gim selama dua jam, selain tidak dibenarkan mandi di kemudahan yang disediakan.
Kesemua gim juga akan ditutup pukul 10 malam setiap hari.










