Korea Selatan ketatkan penjarakan fizikal selepas kes harian meningkat - Utusan Malaysia

Korea Selatan ketatkan penjarakan fizikal selepas kes harian meningkat

REKOD tertinggi pada hari kedua secara berturut-turut ketika Korea Selatan bergelut menangani gelombang ketiga Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan memutuskan untuk mengetatkan perintah penjarakan fizikal bermula hari ini di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19 selepas kes terburuk direkodkan semalam dengan 1,615 kes.

Di sebalik kebimbangan mengenai varian yang lebih mudah berjangkit iaitu varian Delta serta suntikan vaksin, kes jangkitan harian sudah melepasi rekod sebelum ini iaitu 1,378 kes, Jumaat lalu.

Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (KDCA) Korea berkata, jangkitan kluster merebak lebih cepat di ibu negara Seoul dan kawasan berdekatan lain akibat varian Delta.

Perdana Menteri, Kim Boo Kyum berkata, pihak kerajaan akan mengetatkan arahan penjarakan fizikal di kebanyakan negeri dengan pengecualian di beberapa tempat di sebelah selatan kepada Tahap 2 daripada empat tahap di negara itu.

Berdasarkan Tahap 2, himpunan melebihi lapan orang adalah dilrang manakala restoran dan bar mesti ditutup pada tengah malam.

Program vaksinasi di Korea Selatan menyaksikan kelembapan dalam beberapa mingu terakhir ini dengan hanya 30.6 peratus daripada 52 juta populasi penduduk menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin berbanding 60 peratus di kebanyakan negara maju seperti Britain dan Singapura. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN