Korban dinding rumah runtuh di Mumbai meningkat 23 orang - Utusan Malaysia

Korban dinding rumah runtuh di Mumbai meningkat 23 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Jumlah korban dinding runtuh di beberapa kediaman di Mumbai akibat hujan lebat hari ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 23 orang.

Dinding kediaman itu didakwa runtuh selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Chembur pada awal pagi ini, menyebabkan sejumlah penduduk terperangkap di bawah runtuhan.

Sebanyak 17 mayat sudah dibawa keluar dan pasukan kecemasan masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Di Vikholi yang terletak di pinggir Mumbai, enam orang terbunuh selepas tanah runtuh menimbus lima rumah.

Mumbai yang menempatkan kira-kira 20 juta penduduk dilanda hujan lebat sejak semalam dan situasi itu menjejask perkhidmatan pengangkutan tempatan.

Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat akan terus turun dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan memaklumkan mereka akan menerima pampasan daripada kerajaan. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN