Kilang plastik di Thailand terbakar, 21 mangsa cedera - Utusan Malaysia

Kilang plastik di Thailand terbakar, 21 mangsa cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMUT PRAKAN: Sebuah kilang menghasilkan plastik meletup dan terbakar sehingga menyebabkan 21 orang mengalami kecederaan di daerah Bang Phli, awal pagi tadi.

Letupan berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi di kilang Ming Dih Chemical di Soi King Kaew 21, Kampung Moo 15 di Rachathewa.

Jabatan Pemindahan dan Kawalan Bencana daerah memerintahkan usaha menyelamat kesemua mangsa dalam jarak lima kilometer dilakukan.

Terdapat kebimbangan sekiranya letupan akan berlaku lagi disebabkan api semakin marak dan mula membakar kawasan lain yang menempatkan bahan kimia.

Terdapat lima ke enam gudang dalam kawasan kilang dengan 50 tan bahan kimia disimpan di kawasan itu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN