Kes malaria menurun di Angola - Utusan Malaysia

Kes malaria menurun di Angola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUANDA: Pihak berkuasa kesihatan Angola memaklumkan kes malaria yang dilaporkan di negara itu semakin menurun.

Setiausaha Negara untuk Kesihatan Awam, Franco Mufinda bagaimanapun tidak menyatakan jumlah terkini kes malaria yang direkodkan di Angola.

Lapor agensi berita Lusa, Mufinda berkata, kerajaan mengedarkan kit ujian dan ubat-ubatan di seluruh negara dalam usaha memerangi wabak tersebut.

Beliau mendakwa hanya sejumlah kecil kes malaria dan kematian akibat jangkitan itu direkodkan di negara itu sejak kebelakangan ini.

“Misalnya, pada awal tahun ini, sebuah hospital di bandar Huambo melaporkan kira-kira 300 kes malaria.

“Namun, dalam satu lawatan ke hospital itu baru-baru ini, saya mendapat tahu hanya 56 pesakit malaria sedang menerima rawatan,” katanya.

Dilaporkan, lebih 5,000 orang meninggal dunia akibat malaria di negara ini.

Berdasarkan badan pemantau, Severe Malaria Observatory (SMO), Angola merupakan antara 10 negara mencatatkan jumlah kes malaria dan kematian yang paling tinggi di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN