JAKARTA: Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Kerajaan Wilayah DKI Jakarta meminta masyarakat membeli binatang korban secara dalam talian.
Lapor Suara.com, hal ini disebabkan situasi semasa yang menyaksikan kes Covid-19 di Jakarta masih meroket.
Pemangku Ketua DKI Marin dan Perkhidmatan Keselamatan Makanan Pertanian, Suhairini Eliawati meminta masyarakat tidak hadir secara langsung sekali gus menyebabkan kesesakan di tempat penjualan binatang korban.
“Membeli haiwan korban secara dalam talian akan diselaraskan oleh panitia korban atau lembaga keagamaaan.
“Masyarakat juga diminta supaya menjadi selektif dalam memilih Tempat Penyembelihan Haiwan dan tidak memilih lokasi dalam zon merah penularan Covid-19,” jelasnya.
Beliau juga meminta pembahagian daging korban diatur secara tersusun dengan menghantarkannya terus ke rumah setiap penerima yang layak.










