NEW DELHI: India menjadi negara ketiga di dunia yang merekodkan kes kematian akibat Covid-19 melepasi angka 400,000.
Jumlah keseluruhan kes kematian yang direkodkan adalah sebanyak 400,312 dan kedudukan itu di belakang Amerika Syarikat (AS) serta Brazil.
Namun, banyak pihak berpandangan jumlah kematian keseluruhan di negara ini sebenarnya lebih tinggi, terutamanya ketika kes jangkitan memuncak pada April dan Mei lalu.
Jumlah kes jangkitan harian turut meningkat secara mendadak, menyebabkan kerajaan berusaha mempercepatkan program vaksinasi Covid-19.
Bagaimanapun, bekalan vaksin yang tidak mencukupi memperlahankan usaha tersebut. – AFP










