Jurugambar India maut di Afghanistan - Utusan Malaysia

Jurugambar India maut di Afghanistan

DANISH SIDDIQUI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Jurugambar India yang pernah memenangi Anugerah Pulitzer terbunuh di Afghanistan.

Lapor BBC, mangsa, Danish Siddiqui merupakan ketua jurugambar agensi berita Reuters di India sedang bertugas semasa kejadian berlaku.

Dia diserang oleh militan Taliban berhampiran pos perbatasan utama dengan Pakistan semasa bersama konvoi pasukan Afghanistan.

Setakat ini, belum ada sebarang respons daripada Kerajaan India berhubung kejadian itu.

Malah, bilangan individu terkorban akibat serangan itu belum dikenal pasti.

Duta Afghanistan di India, Farid Mamundzay berkata, dia berasa kesal dengan berita pembunuhan tersebut.

Siddiqui bekerja dengan Reuters lebih sedekad dan bertugas di Mumbai.

Pada 2018, dia pernah memenangi Anugerah Pulitzer dalam rencana fotografi.

Dia bersama rakannya, Adnan Abidi serta lima individu lain memenangi anugerah tersebut atas usaha mereka merakamkan keganasan yang melanda etnik minoriti Rohingya di Myanmar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN