Jumpa ular sawa 2 meter dalam bilik air - Utusan Malaysia

Jumpa ular sawa 2 meter dalam bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGERANG SELATAN: Seorang wanita terkejut apabila melihat ular sawa sepanjang dua meter di dalam bilik air di rumahnya di Reni Jaya, Pamulang.

Tribunnews melaporkan kejadian berlaku ketika wanita itu hendak mandi.

Komander Penyelamat Pasukan Alpha Bandar Tangerang, Darus Salam berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah bernama Reza pada pukul 5 pagi.

Katanya, pengadu memantau pergerakan ular tersebut yang menuju ke ruang antara atap di rumah itu.

“Ketika pasukan penyelamat dalam perjalanan, ular tersebut bergerak masuk ke celah atap. Pasukan penyelamat terus memecahkan atap bagi mencari ular itu,” katanya.

Darus mengakui proses menyelamat mengambil masa yang lama kerana kedudukan ular itu yang menyorok di sebalik atap rumah.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN