Jumpa keropok bentuk pelik, dapat RM62,401 - Utusan Malaysia

Jumpa keropok bentuk pelik, dapat RM62,401

KEPINGAN keropok jenama Doritos yang didakwa mempunyai bentuk unik. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOLD COAST: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak menyangka dia bakal menerima durian runtuh sebanyak AU$20,000 (RM62,401) selepas menemukan sekeping keropok yang disifatkan ‘mempunyai bentuk paling unik’.

Rylee Stuart menemukan sekeping keropok berbentuk gelembung segi tiga ketika dia menikmati makanan ringan jenama Doritos.

Keropok Doritos kebanyakannya berbentuk segi tiga nipis.

Kemudian, remaja itu memuat naik gambar ke dalam aplikasi TikTok dan ramai menyuruhnya melelong kepingan keropok itu di dalam eBay.

Tanpa disangka, bidaan kepingan keropok itu mencecah sehingga AU$100,000 (RM312,009), namun eBay menarik balik lelongan tersebut atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, syarikat Doritos membuat keputusan memberi penghargaan kepada Stuart atas ‘langkah berani’ dan ketelusannya untuk melelong kepingan keropok berkenaan.

Ketua Pegawai Pemasaran Doritos, Vandita Pandey berkata, syarikat tersebut gembira dengan kisah Stuart yang teruja menemukan kepingan keropok keluarannya yang berbentuk unik.

“Kami bangga dengan sikap kreatif Stuart dan oleh itu, kami ingin beri penghargaan kepadanya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya