Jemaah haji ambil peluang berdoa di Bukit Arafah - Utusan Malaysia

Jemaah haji ambil peluang berdoa di Bukit Arafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAFAH: Ribuan jemaah haji memakai pelitup muka berhimpun di Bukit Arafah hari ini bagi memohon keampunan dari Allah SWT agar dosa-dosa mereka dihapuskan.

Selain itu, jemaah haji turut memanjatkan permohonan agar dunia diberikan keamanan dan pandemik Covid-19 berakhir, lapor Arab News.

Seorang jemaah warganegara Palestin, Um Ahmed yang menetap di Riyadh berkata, dia kehilangan empat ahli keluarga akibat virus Covid-19.

Katanya, dia sangat bersyukur dan tidak dapat mengungkapkan perasaannya apabila terpilih mengerjakan ibadah haji.

“Saya berdoa agar Allah SWT menghentikan segera wabak Covid-19,” katanya.

Sejak bertahun-tahun sebelum ini, lebih dua juta jemaah haji berhimpun di Jabal Rahmah dengan duduk berdekatan antara satu sama lain sambil membawa payung disebabkan suhu mencecah 40 darjah celcius.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN