Interpol buru anak bekas presiden Mali - Utusan Malaysia

Interpol buru anak bekas presiden Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Anak lelaki kepada bekas Presiden Mali, Ibrahim Baubacar Keita dikehendaki oleh polis antarabangsa (Interpol) berhubung kes kehilangan seorang wartawan pada 2016.

Wartawan tempatan, Birame Toure yang bekerja di akhbar Le Sphinx, dilaporkan hilang selepas cuba mendapatkan komen Karim Keita bagi laporan beritanya yang dipercayai menjejaskan reputasi anak pemimpin tersebut.

Sebelum ini, Karim Keita menyaman akhbar itu kerana mengaitkan penglibatannya dengan kes kehilangan wartawan tersebut.

Mahkamah di Mali mengugurkan kes tersebut dan pengarang akhbar tersebut dilaporkan hidup dalam buangan.

Karim Keita berjaya melarikan diri daripada ditangkap oleh tentera yang menggulingkan ayahnya pada Ogos tahun lalu.

Karim Keita dikatakan kini berada di Ivory Coast. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN