SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mengehadkan kemasukan jumlah pengunjung ke negara ini sebagai usaha mengurangkan kes jangkitan Covid-19.
Dengan hampir separuh daripada populasi Australia dikenakan perintah berkurung, Perdana Menteri Scott Morrison memaklumkan kuota untuk ketibaan pelancong asing ke negara ini akan dikurangkan sebanyak 50 peratus.
Di bawah strategi ‘Sifar Covid-19’, hanya 6,000 orang diebnarkan memasuki Australia menggunakan penerbangan komersial antarabangsa setiap minggu dan setiap ketibaan diiringi dengan kuarantin di hotel yang disediakan.
Namun, kuota tersebut akan dikurangkan kepada 3,000 orang pada pertengahan bulan ini.
Morrison berkata, langkah itu diambil susulan timbul kemarahan dalam penduduk yang tidak berpuas hati dengan siri perintah berkurung yang dilaksanakan.
Selain itu, kadar program vaksinasi yang bergerak perlahan turut menyumbang kepada kenaikan kes jangkitan di negara ini. – AFP