HANOI: Vietnam melaksanakan perintah berkurung terhadap lapan juta penduduk bermula hari ini.
Langkah itu bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 yang memaksa penduduk untuk kekal berada di rumah.
Pihak berkuasa melaporkan lebih 7,000 kes jangkitan baharu berlaku di seluruh negara itu.
Ibu negara itu lengang tanpa kelibat manusia dan semua premis kedai ditutup sejurus perintah berkurung diumumkan.
Seorang penduduk, Nguyen Van Chien berkata, dia bersetuju dengan tindakan kerajaan yang membuat keputusan segera mengenakan perintah berkurung di bandar itu.
“Kita perlu mengambil risiko terhadap sektor ekonomni bagi mencegah penularan virus,” katanya. -AFP










