Gadis 15 tahun bakal warisi RM2.32 juta - Utusan Malaysia

Gadis 15 tahun bakal warisi RM2.32 juta

ALEXANDER THOMSON mewarisi sejumlah harta dan tidak meninggalkan sebarang wasiat. -SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang remaja Indonesia dikatakan bakal mewarisi harta sebanyak 400,000 pound (RM2.32 juta) selepas usaha mencari pewaris kepada seorang lelaki British giat dijalankan.

Lapor Mirror, Alexander Thomson yang bekerja di BBC World Service di Afrika timur meninggal dunia September lalu, ketika berusia 71 tahun.

Lelaki itu didakwa belum pernah berkahwin secara sah, tidak diketahui saudara maranya yang terdekat sekali gus menyebabkan pihak polis terpaksa menyiasat untuk mencari anak-anak yang mungkin dimilikinya.

Thomson yang dilahirkan di Singapura pernah mengadakan majlis perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang di Indonesia sehingga anak perempuannya dilahirkan pada 2006.

Pihak polis mengesan gadis berusia 15 tahun yang bakal mewarisi keuntungan daripada harta yang ditemukan di bilik tidur mangsa di Ramsgate.

Antara barang-barang lain yang ditemukan adalah pasu berharga 20,000 pound (RM116,075) artifak China termasuk bangku bernilai 2,200 pound (RM12,768).

Pengarah Urusan Finders International, Danny Curran berkata, kebanyakan barang yang ditemukan mempunyai pengaruh Asia dan pihaknya meminta bantuan daripada pakar barangan seni Asia, Richard Harrison.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN