Filipina rekod kes kematian pertama akibat varian Delta - Utusan Malaysia

Filipina rekod kes kematian pertama akibat varian Delta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kementerian Kesihatan Filipina mengesahkan kes kematian pertama akibat jangkitan tempatan varian Delta hari ini.

Negara itu berusaha melaksanakan program vaksinasi terhadap 400,000 penduduk.

Menteri Kesihatan, Maria Rosario Vergeire berkata, daripada 16 kes Covid-19 baharu yang mempunyai kaitan dengan varian Delta, 11 daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan.

Katanya, seorang pesakit yang dijangkiti varian Delta maut selepas dikejarkan ke hospital di Manila.

Jelasnya, seramai lima individu yang disahkan positif merupakan rakyat Filipina yang baru pulang dari Emiriah Arab bersatu, Qatar dan United Kingdom.

Daripada 11 kes jangkitan tempatan, sekurang-kurangnya enam orang dikesan di kepulauan selatan di Mindanao, dua di Metro Manila, dua di Visayas dan satu di Luzon.

Sebelum ini, Vergeire pernah memberi amaran terhadap varian Delta yang boleh merebak 60 peratus lebih pantas berbanding varian Alpha. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN