Elon Musk disebut jadi individu terkaya dunia - Utusan Malaysia

Elon Musk disebut jadi individu terkaya dunia

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Bilionair Jeff Bezos berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa New Shepard yang direka oleh syarikat miliknya Blue Origin, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon itu melakukan penerbangan bersama abangnya Mark Bezos, pelopor penjelajahan ruang angkasa lepas, Wally Funk berusia 82 tahun serta seorang remaja, Oliver Daemen berusia 18 tahun.

Penerbangan singkat mereka ke ruang angkasa lepas hanya mengambil masa selama 11 minit serta berjalan lancar.

Peristiwa itu ternyata menjadi kenangan bersejarah dan membanggakan bagi Bezos yang memiliki Blue Origin sejak 2000.

Di sebalik kegembiraan itu, warga maya mula menyebut Bezos bukan lagi individu terkaya di planet bumi ketika ini, meskipun hanya untuk beberapa minit.

Perkara itu bukanlah bermaksud Elon Musk menggantikan tempat Bezos sebagai individu paling kaya di dunia secara teknikalnya.

Sebaliknya, Usahawan Perancis, Bernard Arnault berada di kedudukan kedua selepas Bezos.

Beberapa warga maya mula menyemak Forbes bagi melihat senarai individu terkaya di dunia dan mendapati Musk bukan berada di tempat kedua.

Elon Musk, 50, dengan kekayaan terkumpul AS$160.3 juta (RM641.2 juta) merupakan individu terkaya di dunia awal tahun ini.

Namun, kedudukannya jatuh selepas harga saham Tesla jatuh.

Arnault, 72, memiliki kekayaan bersih bernilai AS$181.7 juta (RM726.8).

Namun, Bezos secara signifikan mempunyai kekayaan melebihi kedua-dua mereka dengan AS$205 juta (RM820 juta). -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya