Covid-19: Rusia sekali lagi catat kematian harian tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Rusia sekali lagi catat kematian harian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia melaporkan sebanyak 737 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Ia merupakan jumlah kematian harian tertinggi berkaitan Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam, ketika negara itu berusaha menangani peningkatan kes jangkitan baharu.

Rusia buat pertama kali menyaksikan jumlah kematian harian melepasi 700 kes sejak penularan pandemik di negara berkenaan.

Negara itu juga merekodkan kematian harian tertinggi sebanyak enam kali sepanjang lapan hari lalu, ketika berdepan dengan lonjakan kes Covid-19 disebabkan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

Menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, varian Delta yang pertama kali dikesan di India, kini merangkumi kira-kira 90 peratus kes Covid-19 baharu di bandar tersebut.

Beliau telah mengarahkan pemilik restoran untuk hanya membenarkan pelanggan yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 atau dijangkiti wabak itu dalam tempoh enam bulan lalu, ke premis mereka.

Tambah Sobyanin, beliau juga mewajibkan 60 peratus pekerja dari industri perkhidmatan divaksin menjelang pertengahan bulan depan.

Berdasarkan laman sesawang Gogov, setakat ini, hanya 1.8 juta daripada jumlah 12 juta penduduk di Moscow telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang sepenuhnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN