Covid-19: China lapor 71 kes baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: China lapor 71 kes baharu

PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penduduk di sebuah pusat vaksinasi di Rongan, wilayah Guangxi, selatan China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan sebanyak 71 kes Covid-19 baharu di ibu negaranya semalam.

Menurut pihak berkuasa kesihatan China, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 76 kes Covid-19 dicatatkan sehari sebelumnya.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 31 kes penularan tempatan dikesan di wilayah timur Jiangsu.

Jumlah itu dibandingkan dengan 40 kes tempatan yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Negara itu juga melaporkan sebanyak 20 kes asimptomatik baharu yang tidak diklasifikasikan sebagai kes yang disahkan.

China melaporkan sebanyak 92,676 kes jangkitan yang disahkan dan angka kematian masih kekal pada 4,636 kes. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN