Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut? - Utusan Malaysia

Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Kabinet mendakwa virus Covid-19 boleh merebak melalui kentut.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pegawai menuntut bukti sekiranya virus boleh merebak melalui angin yang keluar dari badan di tempat sempit seperti bilik air, lapor The Sun.

Seorang menteri memberitahu The Telegraph, mereka membuat pembacaan dari sumber yang boleh dipercayai dari negara lain.

Mereka mendakwa mempunyai bukti hubungan penjujukan genom antara dua individu dari bilik air di Australia.

Jelasnya, terdapat beberapa kes wabak merebak melalui paip kumbahan semasa sekatan pergerakan di Hong Kong.

Bagaimanapun, saintis kerajaan belum mengesahkan dakwaan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN