fbpx

Covid-19: Afrika Selatan sasar 35 juta penduduk divaksin menjelang akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Kerajaan Afrika Selatan menyasar untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 kepada 35 juta orang daripada 60 juta penduduknya menjelang akhir tahun ini.

Pegawai kanan kesihatan, Nicholas Crisp memaklumkan perkara tersebut dalam satu taklimat kepada jawatankuasa Parlimen.

“Kami dapat memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada 35 juta penduduk sebelum Krismas ini.

“Itu sasaran yang kami tetapkan dan kita mampu melaksanakannya,” kata Crisp yang menguruskan program vaksinasi negara.

Afrika Selatan merupakan antara negara di benua Afrika yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 dari segi kes jangkitan dan kematian.

Negara itu juga kini berdepan dengan gelombang ketiga Covid-19.


Setakat ini, Afrika Selatan sudah memberikan kira-kira 5.8 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) dan Pfizer kepada penduduknya.

Kata Crisp, kira-kira 25,000 dos vaksin Covid-19 telah dicuri atau dimusnahkan semasa rusuhan yang berlaku di negara itu pada minggu lalu.

“Meskipun bekalan vaksin yang hilang selepas insiden bekas Presiden, Jacob Zuma dipenjarakan bukan jumlah yang banyak.

“Namun, ia setiap vaksin itu amat bernilai ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI