China tidak akan tunduk kepada pembuli - Xi Jinping - Utusan Malaysia

China tidak akan tunduk kepada pembuli – Xi Jinping

ORANG ramai meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China di Beijing, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: ‘China tidak menindas mana-mana negara lain’.

Itu penegasan yang diungkapkan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China.

Jinping turut memberi amaran kepada ‘pembuli’ bahawa negara ini tidak sesekali tunduk pada kehendak yang bertentang dengan prinsip China dan kenyataan itu dilihat merujuk kepada Amerika Syarikat (AS).

Ucapan Jinping itu menerima tepukan gemuruh daripada 70,000 audien yang berkumpul di Dataran Tiananmen.

Hubungan China dan AS ketika ini terus goyah, terutamanya melibatkan isu dengan kedaulatan Taiwan.

Acara pagi semalam dimulakan dengan formasi penerbangan jet pejuang tentera China, tembakan meriam dan nyanyian lagu kebangsaan negara ini.

Jinping berucap selama sejam dengan menyatakan China semakin kukuh dan sebarang percubaan untuk jatuhkan negara ini akan berdepan kegagalan.

“Hanya sosialisme boleh selamatkan China dan hanya sosialisme dengan karakteristik Cina boleh membangunkan negara ini.

“Tiada sesiapa boleh buli, tindas atau pandang rendah terhadap China,” tegasnya.

China sebelum ini berulang kali menuduh AS cuba menghalang pembangunan negara ini dengan mengenakan pelbagai sekatan ekonomi.

Mengenai status Hong Kong dan Macau, Jinping juga menyatakan kedua-dua wilayah itu masih mengekalkan kuasa autonomi dan perlu melaksanakan ‘Satu Negara, Dua Sistem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya