China bina kompleks penjara baharu untuk kurung etnik Uighur - Utusan Malaysia

China bina kompleks penjara baharu untuk kurung etnik Uighur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China dilaporkan membina rangkaian penjara rahsia baharu di kawasan pergunungan di sebuah wilayah di negara ini yang mampu ‘mengurung’ lebih sejuta etnik Uighur yang beragama Islam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu laporan baharu mengenai penindasan China terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Kerajaan China didakwa membina sebanyak 347 kompaun yang menyerupai kem tahanan di Xinjiang di bahagian barat negara ini.

Kompleks penjara itu dipercayai boleh menempatkan 1,014,883 tahanan.

Dianggarkan, sejuta penduduk Xinjiang yang kebanyakannya beragama Islam ditahan di beberapa kem tahanan di seluruh wilayah itu dalam tempoh beberapa tahun.

Pendedahan itu dibuat selepas Menteri Luar Britain, Dominic Raab menyatakan negara Islam seolah-olah ‘berdiam diri’ mengenai penindasan China terhadap penduduk Uighur.

Laporan yang dikumpul dan didedahkan oleh BuzzFeed itu menunjukkan China semakin aktif membangunkan pusat tahanan di Xinjiang sejak 2016.

Pembangunan sistem penjara baharu itu menyaksikan lebih ramai penduduk beragama Islam di negara ini boleh ditahan.

Secara keseluruhannya, kawasan pembangunan sistem penjara itu dianggarkan seluas lebih 206 juta meter persegi, iaitu menyamai keluasan satu per tiga bandar Manhattan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.