Britain kerahkan dua kapal perang di perairan Asia - Utusan Malaysia

Britain kerahkan dua kapal perang di perairan Asia

HMS Queen Elizabeth berlepas dari sebuah pangkalan tentera laut di Portsmouth, England pada September tahun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Britain memutuskan untuk mengerahkan dua kapal perang secara kekal di perairan Asia pada akhir tahun ini.

Ia selepas kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth dan kapal pengiring berlayar ke Jepun pada September menerusi Laut China Selatan.

Lapor CNN, kapal induk Britain yang membawa jet F-35B dalam pelayaran sulungnya dilaporkan akan berlabuh di Yokosuka.

Keputusan untuk menghantar kapal perang itu dibuat ketika London berusaha memperkukuhkan lagi hubungan keselamatan dengan Tokyo yang menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat China untuk memperluaskan pengaruhnya di Asia termasuk Taiwan.

“United Kingdom (UK) akan menghantar dua kapal perang secara kekal di rantau itu pada akhir tahun ini,” kata Menteri Pertahanan Britain, Ben Wallace dalam satu pengumuman bersama dengan rakan sejawatnya di Jepun, Nobuo Kishi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN