fbpx

28 Oktober 2021, 9:50 pm

  TERKINI

Bezos, Musk berebut kontrak NASA untuk bina kenderaan pendaratan di bulan

REKA bentuk Blue Moon yang dibangunkan oleh Blue Origin dengan kerjasama syarikat aeroangkasa. - BLUE ORIGIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengasas Amazon, Jeff Bezos dan Pengasas SpaceX, Elon Musk berebut menawarkan dana bagi membantu Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) membina kenderaan yang mendarat di bulan.

Lapor BBC, Bezos menawarkan sebanyak AS$2 bilion (RM8.45 bilion) untuk menanggung kos NASA agar dapat dipertimbangkan semula kontrak pembinaan kapal angkasa pendaratan lunar.

April lalu, agensi angkasa lepas tersebut memberi kontrak bernilai AS$2.9 bilion (RM12.26 bilion) kepada SpaceX, sekali gus menolak tawaran dari syarikat Blue Origin milik Bezos.

Kontrak itu bagi membina kapal angkasa pendaratan yang akan membawa angkasawan NASA ke permukaan bulan seawal tahun 2024.  

NASA hanya boleh memberi kontrak tersebut kepada satu daripada syarikat tersebut disebabkan kekurangan dana.

Agensi angkasa lepas itu hanya menerima sebanyak AS$850 juta (RM3.5 bilion) daripada AS$3.3 bilion (RM13.95 bilion) dana yang diminta dari Kongres untuk pembinaan kenderaan mendarat di bulan.     

Bezos menerusi satu surat kepada Pentadbir NASA, Bill Nelson memaklumkan mengenai tawaran dana itu untuk membantu agensi angkasa lepas tersebut.   

“Blue Origin akan menampung kekurangan dana bagi pembinaan Sistem Pendaratan Manusia (HLS) dengan mengecualikan semua pembayaran semasa dan dua tahun fiskal kerajaan berikutnya,” katanya.

Sebelum ini, Ketua bahagian penerokaan manusia di NASA, Kathy Lueders mengakui bajet semasa agensi angkasa lepas menghalangnya daripada memilih dua syarikat berkenaan.

Blue Origin sebelum ini mereka bentuk kenderaan pendaratan bulan yang dinamakan sebagai Blue Moon dan dilaporkan hampir serupa dengan versi tambah baik modul lunar yang membawa angkasawan Neil Amstrong dan Buzz Aldrin ke permukaan bulan pada 1969.

POPULAR

KOSMO! TERKINI