Arab Saudi sahkan vaksin Covid-19 selamat untuk kanak-kanak - Utusan Malaysia

Arab Saudi sahkan vaksin Covid-19 selamat untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi menggesa golongan ibu bapa menguruskan vaksinasi Covid-19 untuk anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke atas bagi mempercepatkan usaha membentuk imuniti kelompok.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri, kedua-dua kementerian memberi amaran mengenai varian Delta yang kini menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia.

Jurucakap bagi kedua-dua kementerian itu, Dr. Mohammed al-Abd al-Aly berkata, untuk mengelak lebih banyak varian baharu muncul, lebih ramai penduduk termasuk kanak-kanak perlu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, kajian menunjukkan suntikan vaksin Covid-19 adalah selamat untuk golongan kanak-kanak.

“Kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang kuat dan tiada kes jangkitan Covid-19 yang serius melibatkan golongan tersebut. Jadi, kenapa takut untuk vaksin anak-anak?

“Varian Delta bukan sahaja menjangkiti dewasa, malah boleh menyerang kanak-kanak dan menerusi vaksin, risiko itu dapat dikurangkan,” katanya kepada Arab News.

Malah katanya, kebanyakan kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta di seluruh dunia ketika ini membabitkan pesakit muda termasuk kanak-kanak.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN