MINA: Kementerian Kesihatan mengaktifkan teknologi perubatan moden di hospital di tanah suci bagi memberikan rawatan dan perkhidmatan kepada jemaah haji.
Lapor Arab News, unit teleperubatan akan diaktifkan di hospital sekiranya terdapat kes tiada doktor di kawasan tersebut sekali gus membolehkan keadaan pesakit dipantau segera.
Kementerian turut melancarkan program pengarkiban eletronik bagi pengimejan sinar-X dan pertukaran antara jabatan radiologi di hospital maya kementerian untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik tepat dengan perunding menulis laporan serta memberikan sokongan kepada ahli radiologi yang bekerja di seluruh tanah suci.
Sistem Perkhidmatan Makmal di hospital akan diuruskan dan dikendalikan secara elektronik, pemindahan data dan indeks di dalam sistem komputer khas bagi memudahkan proses pencarian dan pengambilan data.
Pihak kementerian turut menyebarkan mesej kesedaran kepada jemaah haji menerusi laman web, rangkaian media dan kemudahan jemaah di tanah suci.
Mesej itu mengandungi maklumat mengenai langkah pencegahan di semua tempat bagi mengelakkan penyebaran jangkitan Covid-19 semasa musim haji.










