NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 65 tahun diselamatkan oleh anggota Polis Jharkhand selepas ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terikat di landasan kereta api dengan bibirnya dijahit dengan tali.
Lelaki itu memberitahu anak tirinya tergamak menjahit bibirnya dan mengikatnya di landasan kereta api berdekatan Sigsigi.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku di kampung Bhitihara di Untari Road Block, Palamu.
Bhola Ram, 65, memberitahu pihak polis dia hendak ke tandas sebelum anak tirinya bersama dua individu lain menangkap dan memukulnya.
Selepas itu, katanya, tiga lelaki itu jahit bibirnya dengan tali, tangan serta kakinya ke landasan kereta api berdekatan.
Mangsa memaklumkan dia diikat dan ditinggalkan di landasan kereta api itu sekitar pukul 11 malam.
Mangsa bernasib baik kerana pada keesokan pagi diselamatkan oleh penduuduk kampung dan terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.