400,000 rakyat Britain ‘lepas geram’ pergi bercuti - Utusan Malaysia

400,000 rakyat Britain ‘lepas geram’ pergi bercuti

SUASANA di Terminal 5 Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di United Kingdom. - SPLASH NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kira-kira 400,000 penduduk Britain akan bercuti ke beberapa negara yang tersenarai sebagai zon hijau menjelang musim panas ini.

Lapor Mirror, suasana di dua lapangan terbang termasuk Heathrow dan Gatwick sesak dengan para penumpang yang ‘sudah tidak sabar’ untuk bercuti selepas semua sekatan Covid-19 sudah dilonggarkan.

Pihak pengurusan Gatwick memaklumkan, antara 25,000 hingga 27,000 penumpang dijangka memenuhi lapangan terbang tersebut dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Lapangan terbang Stansted juga menyatakan, sebanyak 1,330 penerbangan berlepas pada hujung minggu lalu berbanding 735 penerbangan sahaja pada tahun lalu.

Para penumpang di Heathrow dilaporkan perlu beratur selama dua hingga tiga jam untuk pemeriksaan pasport.

Selain itu, beberapa syarikat penerbangan juga menambah kuota penerbangan bagi menampung permintaan penumpang yang meningkat mendadak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya