NEW DELHI: Hujan lebat terus melanda di kebanyakan kawasan di bahagian barat Mumbai, India.
Lapor BBC, sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam kejadian tanah runtuh, bangunan runtuh dan renjatan elektrik ketika hujan monsun di ibu kota kewangan India itu.
Dilaporkan, perkhidmatan pengangkutan turut terjejas akibat dinaiki air.
Malah, kebanyakan kawasan juga dilanda banjir akibat hujan lebat.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca peringkat merah dengan meramalkan hujan lebat akan terus turun dalam tempoh 24 jam. – AGENSI










